Tahukah anda, FAM merupakan persatuan bolasepak Malaysia yang tidak boleh kritik. yang boleh kritik hanyalah presiden je.. Apa undang-undang da.. orang mengkritk bersebab dan bukan dengan membuta tuli atau berniat jahat.. tak pasal-pasal, Presiden FAM mengatakan Tan Sri Annuar Musa telah melakukan satu kesalahan besar.. rasa macam tak logik langsung, tak kan la berkata benar dan jujur pasal prestasi semasa pasukan Malaysia pon menjadi kesalahan besar.. Tak kan lah asyik nak kena puji kot.. Lagipun mende ni normal kalau ada yang kritik, kritik membina pulak tuu.. disebabkan isu ini, mata kawe tidak dapat untuk melelapkan mata.. geram, sedih, marah semuanya bercampur baur bila keadaan macam ini berlaku.. Seseorang yang banyak melakukan perubahan yang besar terhadap sebuah pasukan bolasepak yaitu Kelantan.. Kalau dulu pasukan Kelantan, kaki gocoh dan pasukan belasahan..
Namun dibawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa lah semuanya berubah.. disebabkan isu inilah laman sesawang FAM sekali lagi telah di 'hack'.. tengok sini.. rasanya ramai yang semakin tidak puah hati dengan FAM dan tunggu masa je untuk meletup supaya berlaku satu perubahan yang besar dalam FAM.. Presidennya pulak sudah memegang jawatan selama 28 tahun.. Tidak terdetikkan untuk digantikkan dengan orang lain yang lebih layak dan tahu pasal bola.. Bagi kawe, macam-macam dah Tan Sri buat dan pelajari seperti pergi ke liga eropah dan jepun untuk mengutip ilmu.. semuanya hanya untuk bolasepak.. Namun menda nih menjadi sia-sia bila sampai di FAM!! sekali lagi membuat kawe gerammmm!!!!
Untuk makluman semua, pada hari pembicaraan Tan Sri Annuar Musa pada 4/4/2012 ini, akan diadakan himpunan secara aman di perkarangan Wisma FAM di Kelana Jaya.. kepada yang berkelapangan bolehlah datang sebagai tanda sokongan untuk Tan Sri Annuar Musa..
Entry kedua kawe ni agak emosional sikit dan juga merupakan pendapat peribadi kawe.. Kawe sayang bolasepak Malaysia dan perasaan untuk melihat pasukan bolasepak Malaysia berjaya di peringkat tertinggi amatlah ditagih dan diharapkan!!
sekian, Majulah sukan untuk negara.

No comments:
Post a Comment