Friday, August 10, 2012

Tahniah kepada Datuk Lee Chong dan Pandalela Rinong

Salam Ramadhan di ucapkan

sudah lama tidak ku update blog ini..

semperna olimpik nih.

kawe nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong kerana berjaya menyumbang pingat untuk Malaysia..



Ado kisah disebalik kemenangan pingat mereka.. Pertamanya, DLCW berharap sangat untuk mendapatkan pingat emas pertama untuk Malaysia, namun sayang sekali harapan itu berkecai sekali lagi di tangan Lin Dan.. aduyai.. tapi dengar khabar DLCW tidak jadi bersara dari arena olimpik kerana telah menyatakan beliau akan terus berjuang di Rio 2016 nanti.. sesungguhnya penantian itu penyiksaann.. huhu.. tunggu jangan tak tunggu..

Bagi Pandalela Rinong, semangat juang anak Sarawak yang tidak mudah menyerah kalah menyebabkan beliau beroleh pingat gangsa.. Tahniah diucapkan.. Anda merupakan ketiga terbaek dunia.. well done!!

oklah, itu sahaja untuk kali ini..

Friday, June 8, 2012

Jadual EURO 2012 waktu Malaysia


ok, kepada yang masih tertanya dan tercari-cari jadual euro 2012 waktu Malaysia.. nah kawe kasi untuk tatapan semua.. kredit to sinarharian

Belanda



Belanda calon juara EURO 2012 nih.. kenapa kawe pilih Belanda? kenapa? why? hahaha.. asalnya dulu kawe minat Ruud Van Nistelrooy.. jadinya sampai sekaranglah kawe minat Belanda.. awok-awok pulok macam mana?

Monday, May 28, 2012

Laju bagai roket

sudah dua gol yang telah dia jaringkan berkelajuan roket.. siapakah dio.. ce teka?

semestinya RIZAL FAHMI ROSID.. nama yang meniti di bibir peminat bolasepak gara-gara sepakannya yang padu dan laju bak roket.. dan kawe sememangnya minat gol-gol dari Rizal nih.. dah ada orang gelarkannya sebagai Roberto Carlos Malaysia.. haha.. memang hebatlah.. semoga Rizal akan terus konsisten dan menjaringkan gol-gol laju lagi.. sebelum bersurai, jom layan video dulu..

selamat bersurai..

Sunday, May 27, 2012

Nazmi Faiz Mansor


Tahniah kawe ucapkan kepada Nazmi Faiz Mansor
Semoga berjaya di kelab Beira-Mar
Kawe sebagai rakyat Malaysia, bangga demo pencapaian demo
Semoga akan ada yang mengikuti jejak kamu
All da best di sana, jangan lalai, solat jangan dlupakan

Tahniah sekali lagi dari kawe..

Dua Juara Tapi Satu Persamaan



tahukah apa persamaan antara kedua-dua pasukan ini??? ok, kepada yang masih tidak tahu, teruskan membaca k.. sebenarnya kedua-dua pasukan nih memenanginya buat julang kali nya.. Tahniah di ucapkan kepada KELANTAN dan CHELSEA... lambat la plak ucap tahniah.. cite da basi pon.. haha

Thursday, May 10, 2012

Piala FA 2012 adalah piala baru

Hari ini telah dilancarkan piala baru untuk Piala FA.. setelah sekian lama menggunakan piala yang agak besar, piala yang baru nih bersaiz kecik sikit.. semoga piala baru nih dapat kat The Red Warriors lah.. bak kato ore tua-tua, wat ngori.. owh! lupa, jom sama-sama saksikan piala tersebut..

apa komen anda? ok tak dengan piala baru nih..

Wednesday, May 9, 2012

Pusingan kedua Piala AFC 2012



Ramai yang sudah tahu akan pertembungan antara dua gergasi pantai timur di peringkat kedua Piala AFC.. mungkin Terengganu sudah berusaha sebaik mungkin untuk mengelak berjumpa Kelantan diperingkat kedua.. Namun semua tak mengikut apa yang diharapkan.. jadi, lawan tetap lawan.. mengikut peraturan bagi Piala AFC, team yang mana menjadi tuan rumah secara automatiknya menjadi tuan rumah... dalam hal ini, Kelantanlah yang menjadi tuan rumah.. yeahh.. pusingan ini juga merupakan peringkat kalah mati, jadinya satu slot wakil daripada Malaysia akan berjaya ke peringkat suku akhir.. semoga Kelantan memperolehi kemenangan dan mencipta sejarah baru.. Insyaallah dan sama-sama kita berdoa..

Saturday, May 5, 2012

The Red Warriors memang hebat


Tahukah anda semalam merupakan permainan yang paling hebat pernah ditunjukkan oleh THE RED WARRIORS dan berjaya mengalahkan LIONS XII membuatkan satu Malaysia bergembira.. Maklum sajalah, Lions XII sekarang nih menerajui liga dan dengan beraninya berkata yang mereka mampu mengalahkan TRW.. mimpi ke apa diorang nih.. dengan semangat dan komitmen dari semua pihak, tidak mungkin TRW dapat di tewaskan dengan bergitu sahaja... 

video yang kawe sediakan diatas bertujuan menunjukkan betapa hebatnya ketiga-tiga gol tersebut dan boleh dianggap bertaraf dunia.. pehh!!! bangga sungguh kawe menjadi anak Kelantan... dalam ketiga-tiga gol nih, kawe paling minat gol dari Rizal Fahmi, pehh!! bukan main laju lagi tendangannya, macam roket tuu.. smapaikan penjaga gol Lions XII hanya mampu tengok sahaja.. baru Lions XII kenal apa itu erti penyesalan.. hahaa

semoga TRW akan terus konsisten dan berjaya menjulang Piala FA untuk yang pertama kalinya.. doakannya ya kawan-kawan semua...

akhir sekali, kawe nok petik kata-kata Azlan Johar semalam, "Pasukan yang hebat ada tiga kunci utama iaitu PENGURUSAN YANG BAGUS, PEMAIN YANG BAGUS dan JURULATIH YANG BAGUS".. bagi kawe, TRW telah melengkapi ketiga-tiga aspek tersebut..


Tuesday, May 1, 2012

Dua perlawanan besar hari ini

kepada semua peminat dan pencinta bolasepak pasti tahu mengenai perlawanan apakah yang dimaksudkan dengan tajuk itu.. tak lain dan tak bukan ialah perlawanan antara Kedah dan Kelantan bagi berebut slot ke perlawanan akhir Piala Fa dan juga Manchester United bertemu Manchester City untuk berebut kejuaraan liga.. pasti perlawanan diantara MU vs MC yang paling ditunggu-tunggu kerana perlawanan ini boleh dikategorikan sebagai siapa menang besar kemungkinan akan menjadi juara liga.. 


Pada pendapat kawe sebagai seorang yang menyokong MU, semestinya kawe nak kemenangan berpihak kepada MU dan kawe optimistik yang MU akan menang di gelanggang lawan.. yeah!! confident dalam diri kena ada beb.. haha...

game akan start pada pukul 3 pagi ini... tak bersabar-sabar menantikan perlawanan nih.. anda bagaimana?? siapa pilihan hati anda.. jika anda penyokong Liverpool, Chelsea, dan Arsenal semestinya anda hendak tengok MU kalahkan sebab kebanyakkan tidak suka akan kehebatan MU.. haha


Satu lagi perlawanan pulak, kawe semestinya akan sokong Kelantan aka The Red Warrios  yang akan berlangsung malam nanti dan kawe sendiri akan bergerak ke Stadium Darul Aman, yela lahir kat Kelantan, sah-sah sokong kelate.. Insyaallah, jika tiada aral melintang, sampai la kawe kat tempat hangpa.. haha..

jaga-jaga Kedah, skuad Kelantan akan berlawan bermati-matian.. bak kata pepatah, berjuang hingga ke titisan akhir, yeah!! Semoga Kelantan beroleh kemenangan.. Adalah dimaklumkan Kelantan belum pernah lagi memenangi Piala FA ini.. Semoga kali ini Piala ini akan di bawa ke bumi Che Siti Wan Kembang.. Yela, kebangkitan Kelantan dalam arena nih pun masih lagi baru dan terima kasih kepada bapa pembangunan bolasepak Kelantan yaitu TAN SRI ANNUAR MUSA.. tanpa TSAM Kelantan bukan sehebat dan segerun sekarang.. bangga kawe sekejap..

oklah sahabat, setakat ini saja coretan kawe.. insyaAllah, jika ado kelapangan kawe update lagi..

Dua kelab gergasi la liga tersingkir

Semua kenal pasukan ini bukan.. terpower di muka buku, ehh! di muka bumi tapi sekarang dah tak power.. hehe

yang nih lak pesaing utama Barcelona dan baru-baru nih berjaya mengalahkan Barcelona, yeahh!!

Semua sudah maklum yang kedua-dua telah tersingkir kepada lawan masing-masing dalam merebut slot ke perlawanan akhir Liga Juara-juara..

yang barca kalah dengan chelsea tuu memang kawe dah puas hati.. hahaha sebab kawe bukan fan barca tapi kawe fan real..

nak jadikan cerita, real pon turut kalah dowh!! damn di situ... nih kes jangkit berjangkit ke apa, satu kalah, yang tuu pon nak kalah jugak.. yang peliknya dua-dua team punyer ayam tambatan dua-dua tak gol penalti.. apa kes ini semua.. ish2.. kesian kawe nok tengok real julang piala Champions League.. 
 
mula-mula ingatkan peluang real nak menang tersangatlah cerah sebabnya seteru utamanya yaitu barca dah tersadai dek kena penangan geng-geng the blues.. huhu.. impian tinggal impain ler..
setakat ini dulu kot sebabnya entry ini mungkin agak kelewatan sikit.. hehe..

janji layann...

Saturday, March 31, 2012

FAM yang tidak boleh dikritik



Tahukah anda, FAM merupakan persatuan bolasepak Malaysia yang tidak boleh kritik. yang boleh kritik hanyalah presiden je.. Apa undang-undang da.. orang mengkritk bersebab dan bukan dengan membuta tuli atau berniat jahat.. tak pasal-pasal, Presiden FAM mengatakan Tan Sri Annuar Musa telah melakukan satu kesalahan besar.. rasa macam tak logik langsung, tak kan la berkata benar dan jujur pasal prestasi semasa pasukan Malaysia pon menjadi kesalahan besar.. Tak kan lah asyik nak kena puji kot.. Lagipun mende ni normal kalau ada yang kritik, kritik membina pulak tuu.. disebabkan isu ini, mata kawe tidak dapat untuk melelapkan mata.. geram, sedih, marah semuanya bercampur baur bila keadaan macam ini berlaku.. Seseorang yang banyak melakukan perubahan yang besar terhadap sebuah pasukan bolasepak yaitu Kelantan.. Kalau dulu pasukan Kelantan, kaki gocoh dan pasukan belasahan..



Namun dibawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa lah semuanya berubah.. disebabkan isu inilah laman sesawang FAM sekali lagi telah di 'hack'.. tengok sini.. rasanya ramai yang semakin tidak puah hati dengan FAM dan tunggu masa je untuk meletup supaya berlaku satu perubahan yang besar dalam FAM.. Presidennya pulak sudah memegang jawatan selama 28 tahun.. Tidak terdetikkan untuk digantikkan dengan orang lain yang lebih layak dan tahu pasal bola.. Bagi kawe, macam-macam dah Tan Sri buat dan pelajari seperti pergi ke liga eropah dan jepun untuk mengutip ilmu.. semuanya hanya untuk bolasepak.. Namun menda nih menjadi sia-sia bila sampai di FAM!! sekali lagi membuat kawe gerammmm!!!!

Untuk makluman semua, pada hari pembicaraan Tan Sri Annuar Musa pada 4/4/2012 ini, akan diadakan himpunan secara aman di perkarangan Wisma FAM di Kelana Jaya.. kepada yang berkelapangan bolehlah datang sebagai tanda sokongan untuk Tan Sri Annuar Musa..

Entry kedua kawe ni agak emosional sikit dan juga merupakan pendapat peribadi kawe.. Kawe sayang bolasepak Malaysia dan perasaan untuk melihat pasukan bolasepak Malaysia berjaya di peringkat tertinggi amatlah ditagih dan diharapkan!!

sekian, Majulah sukan untuk negara.

Sunday, March 18, 2012

Dimulakan dengan Bismillah

Maka dengan ini terjadilah satu sejarah baru dalam dunia blogger dimana kawe telah mencipta satu blog berkaitan dengan segala jenis sukan, bolasepak, badminton, takraw dll...

Sudi-sudilah datang ke blog ini jika berkelapangan..

Assalamualaikum..

Jumpa Lagi..
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA