kepada semua peminat dan pencinta bolasepak pasti tahu mengenai perlawanan apakah yang dimaksudkan dengan tajuk itu.. tak lain dan tak bukan ialah perlawanan antara Kedah dan Kelantan bagi berebut slot ke perlawanan akhir Piala Fa dan juga Manchester United bertemu Manchester City untuk berebut kejuaraan liga.. pasti perlawanan diantara MU vs MC yang paling ditunggu-tunggu kerana perlawanan ini boleh dikategorikan sebagai siapa menang besar kemungkinan akan menjadi juara liga..
Pada pendapat kawe sebagai seorang yang menyokong MU, semestinya kawe nak kemenangan berpihak kepada MU dan kawe optimistik yang MU akan menang di gelanggang lawan.. yeah!! confident dalam diri kena ada beb.. haha...
game akan start pada pukul 3 pagi ini... tak bersabar-sabar menantikan perlawanan nih.. anda bagaimana?? siapa pilihan hati anda.. jika anda penyokong Liverpool, Chelsea, dan Arsenal semestinya anda hendak tengok MU kalahkan sebab kebanyakkan tidak suka akan kehebatan MU.. haha
Satu lagi perlawanan pulak, kawe semestinya akan sokong Kelantan aka The Red Warrios yang akan berlangsung malam nanti dan kawe sendiri akan bergerak ke Stadium Darul Aman, yela lahir kat Kelantan, sah-sah sokong kelate.. Insyaallah, jika tiada aral melintang, sampai la kawe kat tempat hangpa.. haha..
jaga-jaga Kedah, skuad Kelantan akan berlawan bermati-matian.. bak kata pepatah, berjuang hingga ke titisan akhir, yeah!! Semoga Kelantan beroleh kemenangan.. Adalah dimaklumkan Kelantan belum pernah lagi memenangi Piala FA ini.. Semoga kali ini Piala ini akan di bawa ke bumi Che Siti Wan Kembang.. Yela, kebangkitan Kelantan dalam arena nih pun masih lagi baru dan terima kasih kepada bapa pembangunan bolasepak Kelantan yaitu TAN SRI ANNUAR MUSA.. tanpa TSAM Kelantan bukan sehebat dan segerun sekarang.. bangga kawe sekejap..
oklah sahabat, setakat ini saja coretan kawe.. insyaAllah, jika ado kelapangan kawe update lagi..
No comments:
Post a Comment